Jenayah & Mahkamah

Kes culik Albertine Leo: Tiada tangkapan baharu

JOHOR BAHRU – Pihak polis mengesahkan tiada tangkapan baharu dibuat berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, setakat ini hanya lima suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Tiada tangkapan baharu. Terima kasih,” jawabnya ringkas, hari ini.

Ditanya pelbagai perkembangan siasatan lain termasuk motif penculikan dan hubungan suspek dengan ibu atau bapa mangsa, beliau memohon untuk diberi ruang siasatan lanjut dilaksanakan terlebih dahulu.

“Harap bersabar, persoalan akan dijawab setelah siasatan selesai. Mohon beri ruang untuk pihak polis selesaikan siasatan. Terima kasih,” katanya lagi.

Sementara itu, kanak-kanak mangsa penculikan tersebut difahamkan telah keluar daripada hospital, petang semalam.

Terdahulu, mangsa  dibawa ke hospital bagi pemeriksaan setelah berjaya diselamatkan pada kira-kira pukul 4 pagi di sebuah hotel di Batang Kali.

Difahamkan, mangsa kemudian dibenarkan untuk meninggalkan hospital antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang untuk dibawa pulang ke Johor dengan diiringi pihak polis.

Show More

Related Articles

Back to top button