Jenayah & Mahkamah

Empat remaja rogol budak perempuan 11 tahun dilepaskan dengan jaminan polis

TELUK INTAN – Empat remaja yang direman bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuanberumur 11 tahun, Khamis lalu, telah dilepaskan dengan jaminan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, kesemua suspek yang berusia antara 14 hingga 17 tahun itu dilepaskan sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

Jelasnya, tempoh reman selama tiga hari yang berakhir semalam tidak disambung semula.

“Kesemua suspek telah diberi jaminan petang semalam.

“Kertas siasatan akan dirujuk dahulu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya, hari ini.

Dalam kejadian pada Rabu minggu lepas, mangsa yang masih bersekolah di di Teluk Intan mendakwa, suspek pertama dan kedua melakukan perbuatan tersebut secara bergilir di dalam sebuah kereta.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 petang ketika mangsa bersama suspek keluar bermandi-manda di kawasan air terjun.

Sekitar pukul 8.30 malam pada hari yang sama, mangsa telah dirogol oleh suspek ketiga ketika dia mengikuti lelaki itu pulang ke rumah.

Kejadian sama berlaku kepada mangsa sekitar jam 12.30 tengah malam dilakukan suspek keempat di kawasan semak semasa mangsa dan lelaki terbabit keluar bersiar-siar.

Berdasarkan siasatan dilakukan polis, mangsa mengenali suspek pertama berusia 16 tahun melalui media sosial sebelum lelaki itu memperkenalkannya kepada suspek lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button