Luar Negara

Biden umum tarik diri pemilihan presiden

Nyatakan sokongan kepda Harris sebagai calon Demokrat

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengumumkan menarik diri daripada Pemilihan Presiden AS yang akan berlangsung November depan.

Biden,81, berkata, pengunduran tersebut akan membolehkannya menumpukan perhatian penuh kepada tugas sebagai presiden dalam baki penggal pemerintahannya.

“Ia merupakan penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Presiden AS.

“Meskipun niat saya ingin mencalonkan semula diri saya sebagai presiden bagi pemilihan akan datang, namun saya percaya keputusan tersebut dilakukan demi kepentingan terbaik parti saya dan Amerika Syarikat,” katanya dalam satu ciapan di akaun X miliknya.

Beliau kemudian menyatakan sokongannya kepada Naib Presiden, Kamala Harris sebagai calon parti Demokrat untuk bertanding menentang calon Republikan, Donald Trump dalam pemilihan presiden nanti.

Biden sebelum ini mendapat tentangan hebat lebih 30 ahli Demokrat di Dewan Perwakilan dan empat senator yang turut meminta beliau menarik diri dari pemilihan Presiden AS susulan faktor umur dan kondisi kesihatan yang meragukan.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 November 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button