Jenayah & Mahkamah

Kes bunuh Farah Kartini: Suspek anggota polis akan disambung reman esok

HULU SELANGOR – Reman terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun yang tamat esok akan disambung bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu jam 9 pagi esok bagi tujuan berkenaan.

“Kita akan sambung (reman suspek) ,” katanya menurut laporan BH Online.

Terdahulu, media melaporkan keluarga mangsa menyerahkan sepenuhnya siasatan kes pembunuhan anak bongsu daripada tujuh beradik itu kepada polis.

Abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, dilaporkan berkata keluarganya masih bersedih dengan kejadian menimpa satu-satunya adik perempuan mereka.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Bernam, dekat sini, jam 6 petang.

Ia susulan penahanan suspek yang juga anggota polis selepas mangsa dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Suspek kemudian direman tujuh hari hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button