[VIDEO] KDNK diunjur 5.8 peratus, beri peluang negara bangkit – PM Anwar
PUTRAJAYA – Pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 5.8 peratus pada Suku Kedua tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini akan memberi kesempatan kepada negara untuk bangkit menjadi lebih gagah.
@malaysiatribune “Jutaan terima kasih kepada rakyat, penghargaan tidak terhingga kepada warga pekerja sama ada di pihak kerajaan mahu pun swasta, terima kasih tidak terhingga kepada warga profesional dan terima kasih kepada para pelabur yang terus yakin dengan hala tuju Ekonomi MADANI.” #malaysiatribune
Beliau turut berkata, kerajaan menerusi Ekonomi MADANI menjanjikan peluang pekerjaan, latihan dan pemindahan teknologi yang lebih baik menuju ke arah pendigitalan dan peralihan tenaga.
“Malaysia telah pecah tembok kerunsingan dengan mencatat pertumbuhan menakjubkan 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, luar daripada jangkaan biasa, luar daripada unjuran yang dikemukaan oleh semua pihak.
“Saya yakin dengan kerjasama dan tumpuan kita kepada pembangunan ekonomi, kita akan berjaya<‘ kata Perdana Menteri dalam satu video yang dimuat naik di di laman sosial milik beliau, hari ini.
Perdana Menteri seterusnya turut berterima kasih kepada rakyat, pekerja, golongan profesional dan pelabur yang terus memberi kepercayaan kepada hala tuju Ekonomi MADANI.
“Dengan penuh tawaduk, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat, penghargaan tidak terhingga kepada warga pekerja sama ada di pihak kerajaan mahu pun swasta, terima kasih tidak terhingga kepada warga profesional dan terima kasih kepada para pelabur yang terus yakin dengan hala tuju ekonomi MADANI,” katanya lagi.
Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.8 peratus pada Suku Kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya dan merupakan pertumbuhan tertinggi sejak Suku Kedua 2022 pada 7.4 peratus.