Berita Semasa

PM arah MOSTI senarai 100 saintis bioteknologi

Tarik minat pelajar sertai STEM

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sudah diarahkan supaya menyenaraikan 100 saintis bioteknologi untuk mengadakan program bagi menarik minat murid dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di 100 buah sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aporan mengenai perkara itu akan dihantar kepadanya dalam tempoh dua minggu.

“Saya maklum kepada (Chang) Lih Kang (Menteri MOSTI) untuk adakan kerjasama dengan lebih erat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya program pesatkan dan tingkatkan minat anak-anak muda dalam STEM, berbanding sebelum ini.

“Kebimbangan saya adalah kita sebutkan dalam bidang digitalisasi, kecerdasan buatan (AI) dan bioekonomi untuk bagaimana boleh pastikan pendekatan kita ambil menjalar kepada rakyat terbanyak.

“Jadi, bolehlah syarikat bioteknologi, agensi dan kementerian… sebulan sekali, dua tiga jam turun ke sekolah menengah dan beri sedikit pendedahan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika  merasmikan Jelajah Bioekonomi Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button