Berita SemasaSukan

Faisal Halim zahir rasa sedih Pan-gon tinggalkan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Pemain sayap Kebangsaan, Faisal Halim menzahirkan rasa sedih susulan pengumuman pengendali skuad negara, Kim Pan-gon yang secara rasminya meletak jawatan hari ini.

Faisal berkata, beliau mengingati semua kebaikan Pan-gon termasuk kata-kata semangat yang diberikan olehnya ketika beliau menjalani rawatan akibat disimbah asid Mei lalu.

“Satu berita sedih. Saya masih ingat dua bulan lalu, coach (Pan-gon) datang ke hospital memberikan semangat.

“Beliau katakan kepada saya,:”Faisal, saya mahu kamu kembali ke pasukan kebangsaan. Saya akan berikan sokongan dan percaya awak akan menjadi lebih kuat”.

“Terima kasih coach atas segalanya,” katanya dalam satu hantaran Instastory di Instagram hari ini.

Tangkap layar Instastory milik Faisal Halim.

Pan-gon sah meletakkan jawatan dalam satu pengumuman yang dibuat dalam sidang akhbar di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di ibu negara hari ini.

Perletakkan jawatan pengendali skuad Harimau Malaya itu dilihat memberikan tamparan hebat buat pasukan negara susulan impak positif yang diberikannya setelah hampir dua tahun berkhidmat.

Show More

Related Articles

Back to top button