Berita SemasaSukan

Bekas kapten Manchester United dijatuhkan hukuman penjara

PARIS – Bekas kapten Manchester United, Patrice Evra, telah didapati bersalah atas tuduhan mengabaikan keluarganya selama dua tahun dari tahun 2021 hingga 2023 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan.

Pemain bola sepak berusia 43 tahun itu didapati menanggung hutang hampir RM4 juta sebagai bayaran nafkah yang tidak dibayar kepada bekas isterinya, Sandra Evra dan dua anak mereka di Perancis.

Menurut sumber, Mahkamah di Paris mendapati Evra gagal memenuhi tanggungjawab kewangannya kepada keluarga, iaitu bekas isteri dan anak-anaknya.

Kes tersebut disiasat apabila Sandra Evra membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegagalan Evra untuk membayar nafkah yang ditetapkan mahkamah.

Dalam pada itu, Evra telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu kepada pihak pendakwaan yang telah mengesahkannya, menurut laporan Daily Mail.

Peguamnya, Jerome Boursican berkata, beliau menegaskan terdapat fakta yang dipertikaikan oleh anak guamnya.

“Evra memfailkan rayuan, kerana mengetahui bahawa dia telah menyediakan isterinya sebuah apartmen, iaitu sebuah rumah dengan kolam renang di selatan Perancis.

“Dia meminjamkannya (bekas isterinya) hampir dua juta euro untuk kehidupan hariannya,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button