Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pegawai SPRM ke pejabat HRD Corp dapatkan bukti siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke bangunan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk mendapatkan dokumen berkait pengurusan kewangan syarikat milik kerajaan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Kehadiran lima pegawai SPRM kira-kira pukul 11.30 pagi tadi itu dipercayai susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mengenai agensi itu baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin bin Hashim berkata, fokus siasatan tertump kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.

“Setakat ini belum ada saksi yang dirakam percakapan tetapi SPRM tidak menafikan akan memanggil saksi-saksi dalam masa terdekat selepas semakan dokumen dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sabtu lalu, SPRM mengesahkan telah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan isu kegagalan audit dan kelemahan tatakelola agensi berkenaan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button