PM X

PM seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di seluruh negara diseru supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, anak-anak muda dan gerakan belia perlu renungi maksud hijrah serta perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan rasuah dalam masyarakat.

“Saya percaya kudrat serta semangat anak-anak muda dan gerakan-gerakan seperti Pertubuhan Lima Generasi (PLG) berupaya menyumbang dalam usaha mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi.

“Syaratnya perlu ada pimpinan sama ada dalam kalangan generasi muda, politik dan negara yang menolak kezaliman, serta menghentikan amalan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kerabat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan Majlis Perasmian Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia di Ipoh malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi serta Presiden PLG Datuk Abdullah Ghani Kassim.

Tambah Anwar, majlis tersebut menerima sambutan yang luar biasa dan penuh bersemangat oleh anak-anak muda.

“Pelbagai bangsa yang hadir pada malam ini bagi meraikan gerakan yang memperjuangkan perpaduan dan membela ummah,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button