Berita Semasa
Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan ditemui selepas 19 hari hilang
KUCHING – Selepas 19 hari hilang ketika menyertai operasi di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang pada 18 Jun lalu, anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) ditemui selamat hari ini.
Difahamkan, Prebet Muhammadd Syafiq Hilmi Abd Halim, anggota yang berasal dari Baling, Kedah itu ditemui selamat dalam keadaan lemah.
Jurucakap Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat mengesahkan penemuan anggota RS itu namun tiada butiran lanjut mengenai perkara itu.
Maklumat lanjut mengenainya dijangka dikeluarkan oleh Markas Tentera Darat.
Muhammadd Syafiq dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang pada 18 Jun lalu, ditemui selamat hari ini.