Berita SemasaSukan

Euro 2024: Perancis mara ke suku akhir, tewaskan Belgium 1-0

DUSSELDORF – Perancis berjaya menundukkan Belgium untuk memastikan kemenangan 1-0 dan mara suku akhir saingan Euro 2024 dalam pertembungan sengit dua gergasi Eropah awal pagi tadi.

Pemain penyerang Perancis, Randal Kolo Muani menjadi wira apabila masuk dari bangku pemain simpanan untuk mencetuskan gol kemenangan.

Perancis menguasai perlawanan dengan dominasi penguasaan bola, sementara Belgium mencipta ancaman menerusi serangan balas pantas.

Penguasaan bola juga memihak kepada Perancis dengan 60 peratus berbanding 40 peratus oleh Belgium.

Pada separuh masa pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.

Kemudian, pemain tengah Perancis, Aurelien Tchouameni memperoleh dua peluang terbaik bagi Perancis menerusi percubaan jarak jauh namun, kedua-duanya hanya melewati palang gol.

Percaturan jurulatih Perancis, Didier Deschamps untuk memasukkan Kolo Muani bagi menggantikan Marcus Thuram ternyata berbaloi.

Pemain gantian itu melepaskan rembatan yang terbias ke pemain pertahanan Belgium, Jan Vertonghen sebelum bola melantun ke dalam gawang pada minit ke-85.

Dengan kemenangan tersebut, Perancis akan menantikan Portugal di suku akhir untuk penentuan ke separuh akhir Euro 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button