Berita Semasa

Akta 852 dikuatkasa sepenuhnya Ogos ini – Dr Dzulkefly

PUTRAJAYA – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bakal dikuatkuasakan sepenuhnya mulai Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara peraturan yang termaktub mengikut akta itu termasuk pendaftaran, penjualan, pembungkusan dan pelabelan serta satu perintah berkaitan larangan merokok di tempat awam.

Katanya, turut termasuk di bawah peraturan dan perintah ini adalah berkenaan rokok elektronik.

“Tiga peraturan sudah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan dua lagi peraturan dan satu perintah tambahan kini dalam proses kelulusan.

“Peraturan dan perintah akan dikuatkuasakan bersama dengn Akta 852 pada Ogos 2024, apabila semuanya berada dalam keadaan teratur. Insya Allah, dengan izin Tuhan, tiada lagi kelewatan,” katanya dalam hantaran di laman X miliknya, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan kelewatan penguatkuasaan Akta 852 yang masih lagi tertangguh pelaksanaannya, termasuk daripada pihak Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Dalam hantaran sama, beliau turut memperakui dan memahami keresahan pelbagai pihak berhubung kelewatan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852.

“Saya benar-benar memahami keresahan (orang ramai) disebabkan kelewatan dalam pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini.

“Saya memohon empati anda bahawa KKM sedang berusha sebaik mungkin untuk mendapatkan pengesahan AGC berhubung kelulusan peraturan dan perintah ini,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button