Berita Semasa

Negara ‘hilang’ hampir RM160 juta akibat kelemahan pengurusan kementerian, jabatan persekutuan

PUTRAJAYA – Kelemahan pengurusan kewangan dalam kementerian dan jabatan persekutuan menyebabkan negara kerugian RM158.08 juta pada 2021.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM116.95 juta melibatkan kehilangan wang awam.

“Sementara itu, RM26.03 juta lagi adalah disebabkan perbayaran yang tidak teratur, dan RM juta lagi disebabkan pembaziran,” kata Nik Azman.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Laporan Ketua Audit Negara, di sini hari ini.

Perincian mengenai kerugian tersebut terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 mengenai Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan.

Jelas Nik Azman, dapatan tersebut diperoleh daripada tujuh tajuk pengauditan pematuhan yang ilaksanakan di tiga kementerian dan empat jabatan Persekutuan dengan jumlah semakan audit berjumlah RM1.127 bilion.

Semakan audit tersebut membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara kehilangan hasil yang ditemukan termasuk pengurangan duti kastam yang terkurang kutip sebanyak RM72.32 juta, diikuti RM37 juta lagi melibatkan kerugian wang awam, pembaziran dan pembayaran yang tidak teratur ditemukan dalam perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara di bawah MAFI.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button