Berita Semasa

Syed Saddiq mulakan Langkah Muar

Kutip dana perbelanjaan untuk Parlimen Muar

MUAR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pagi tadi memulakan larian amalnya di Jambatan Sultan Ibrahim, di sini.

Larian sejauh 200 kilometer (km) yang dinamakan sebagai Langkah Muar tersebut dibuat bagi mengumpul dana untuk digunakan orang ramai di bahagian parlimen itu.

“Pagi ini saya mulakan larian 200KM saya di Jambatan Sultan Ibrahim, Muar.

“Jambatan ini adalah salah satu simbol kebanggaan Muo (Muar). Sebab itu saya pilih untuk mulakan larian saya di sini,” kata Syed Saddiq dalam satu hantaran di akaun media sosial miliknya.

Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang telah mula menyumbang ke tabung Langkah Muar tersebut.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi menyumbang untuk Langkah Muar ini. Alhamdulillah.

“Sejak malam tadi tak henti-henti notifikasi masuk dalam email saya, Dan setakat jam 6 pagi ini sudah RM 2,000 berjaya dikumpulkan.

“Dari amaun RM 5 hinggalah RM 100 semua saya hargai. Mungkin bagi kalian jumlahnya tak seberapa, tapi besar maknanya untuk saya dan juga orang Muo (Muar) yang sememangnya memerlukan bantuan,” katanya lagi.

Terdahulu, Syed Saddiq memaklumkan larian ini diadakan dengan tujuan mengumpul dana bagi diagihkan kepada pengundi bahagian parlimennya.

Beliau mendakwa, ini susulan tindakan Kerajaan Persekutuan yang tidak menyalurkan sebarang bentuk peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Show More

Related Articles

Back to top button