PM X

Kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum Belanjawan 2025 – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, penjawat awam diharapkan untuk bekerja lebih kuat memandangkan sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada golongan tersebut.

“Kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.

“Semalam di Parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi 2024 Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Pada sambutan Hari Pekerja lalu, Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Sebagai rekod, kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah sekitar 13 peratus pada 2013.

Show More

Related Articles

Back to top button