Sukan

Pakaian kontinjen Malaysia ke Olimpik di luar bidang kuasa KBS – Hannah Yeoh

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa set kelengkapan rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Menerusi satu ciapan dalam platform X, Hannah berkata, ia merupakan kerjasama antara penaja utama, Yonex dan di bawah seliaan dan tanggunjawab Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke temasya pelbagai sukan adalah di bawah tanggungjawab MOM.

“Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM dan dan ia di luar bidang kuasa KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya.

Terdahulu, pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik XXXIII di Paris 2024 telah dilancarkan hari ini sempena sambutan Hari Olimpik 2024 yang diadakan di The Exchange, TRX.

Kontinjen itu akan dilengkapkan dari kepala hingga kaki oleh Yonex Sunrise Malaysia dengan pakaian bertema emas untuk mencerminkan usaha Malaysia yang tidak henti-henti mengejar pingat emas yang sukar dicapai di Sukan Olimpik.

Bagaimanapun, set kelengkapan itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Malah ramai yang mengkritik rekaan tersebut dan membandingkannya dengan pakaian sukan sekolah yang lebih cantik dan menarik.

Show More

Related Articles

Back to top button