Berita SemasaPM X

[VIDEO] Kerajaan laksana pelbagai dasar capai matlamat kurangkan jejak karbon negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI komited untuk mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen tersebut dizahirkan menerusi pelaksanaan pelbagai dasar yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan kesaksamaan sosial, mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau serta memastikan tadbir urus yang telus.

@malaysiatribune

Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai dasar dan dana yang besar bagi menyokong langkah mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan. Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Peluncuran Konsortium Impak Kelestarian Impak Asia di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur, Jumaat lepas. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“… Kita telah memperuntukkan dana yang besar kepada tenaga boleh baharu, melabur dalam sumber tenaga bersih dan mampan,” kata beliau menerusi catatan di laman sosialnya, hari ini.

Mengenai pertanian mampan, Datuk Seri Anwar berkata, negara menyokong amalan pertanian mesra alam untuk menjamin alam sekitar yang baik bagi jangka masa panjang.

Malaysia juga sedang membangunkan penyelesaian pengangkutan hijau untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kesalinghubungan.

“Bersama-sama, kita boleh membina Malaysia yang lebih mampan dan saksama untuk generasi akan datang,” kata Anwar lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button