Berita SemasaSukan

Ronaldinho enggan tonton Brazil, kritik pasukan terburuk pernah dilihat

RIO DE JANEIRO – Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho Gaúcho mengumumkan beliau tidak lagi akan menonton aksi pasukan kebangsaan Brazil selepas memberi kritikan pedas terhadap skuad tersebut.

Ronaldinho berkata, beliau rasa kecewa yang mendalam terhadap prestasi semasa pasukan Brazil dan tidak akan menonton perlawanan Copa America kali ini.

“Cukup setakat ini semua, saya sudah tidak tahan lagi.

“Ini detik paling sedih buat sesiapa sahaja yang menggemari bola sepak Brazil,” katanya di laman sosialnya.

Beliau turut menambah bahawa semangat untuk menonton perlawanan semakin sukar dicari.

“Ini mungkin salah satu pasukan terburuk sejak kebelakangan ini, ia tidak mempunyai pemimpin yang dihormati, majoritinya hanya pemain biasa,” ujarnya.

Bekas pemain Barcelona itu, yang telah mengikuti bola sepak sejak kecil, menyatakan situasi pasukan kebangsaan Brazil kini adalah yang terburuk pernah dilihatnya.

“Kurangnya rasa kecintaan dengan jersi, kurang semangat dan paling utama sekali bola sepak. Saya ulang, prestasi kita menjadi salah satu yang terburuk yang pernah saya lihat. Memalukan.

“Saya kini mengisytiharkan tidak akan lagi menonton mana-mana perlawanan Copa America, tidak meraikan apapun kejayaan,” tegasnya.

Bekas pemain Barcelona dan Brazil, Ronaldinho Gaucho bersama trofi Ballon Dior pada tahun 2005.

Dalam perlawanan menentang Amerika Syarikat lalu, Brazil mendahului menerusi jaringan Rodrygo pada minit ke-17, namun Amerika Syarikat berjaya menyamakan kedudukan menerusi Christian Pulisic.

Dalam pada itu, pertandingan Copa America akan memulakan kempennya pada 21 Jun ini yang bertempat di Amerika Syarikat.

Perlawanan Brazil dijadualkan akan bertemu Costa Rica, Paraguay dan Colombia dalam peringkat kumpulan.

Show More

Related Articles

Back to top button