Berita SemasaPM X

PM harap doa, sokongan rakyat Malaysia dalam lawatan diplomatik ke empat negara

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengharapkan doa dan sokongan rakyat Malaysia agar lawatan rasminya ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil memberi manfaat besar kepada Malaysia.

“Doakan perjalanan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan. Semoga semua pertemuan yang akan berlangsung dapat membawa hasil yang besar kepada rakyat dan negara, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Lawatan Perdana Menteri bermula dengan kunjungan ke Kaherah, Mesir atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi, diikuti dengan Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi, yang akan membincangkan isu Palestin, Lubnan dan situasi serantau.

Selepas itu, Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 di Lima, Peru dan kemudian ke Rio de Janeiro, Brazil untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 atas jemputan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Perdana Menteri turut berkata lawatan itu bertujuan untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia dengan negara-negara terlibat sekaligus membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button