Berita Semasa

PLUS aktifkan Smart Lane di 18 lokasi sempena cuti Aidiladha

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bermula Jumaat lalu hingga 18 Jun ini.

Usaha berkenaan dilaksanakan bagi melancarkan pergerakan trafik di lokasi kritikal sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut PLUS, ketika Smart Lane diaktifkan, lorong kecemasan sedia ada dibuka untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuh raya.

“Orang ramai boleh mengenal pasti laluan Smart Lane melalui pemasangan lampu hijau dan papan tanda pemberitahuan di lokasi tertentu.

“Ketika ia diaktifkan, lorong bahagian kiri yang sedia ada akan dibuka sebagai laluan tambahan” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Kata PLUS, Smart Lane hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang ketika tempoh pengaktifan.

Dalam pada itu, PLUS turut menegaskan pengguna supaya tidak memandu di lorong kecemasan yang tidak mempunyai pengaktifan laluan Smart Lane.

18 lokasi pengaktifan Smart Lane:
1. Sungai Petani (Selatan) – Hentian Sebelah Tikam Batu, KM108.0 – KM112.0 (Arah Selatan)
2. Bukit. Tambun (Utara) – Plaza Tol Juru, KM150.4 – KM146.4 (Arah Utara)
3. Bandar Cassia – Hentian Sebelah Sungai Bakap, KM155.5 – KM157.2 (Arah Selatan)
4. Gua Tempurung – Gopeng, KM303.2 – KM297.0 (Arah Utara)
5. Slim River – Sungkai, KM367.3 – KM354.0 (Arah Utara)
6. Sungkai – Slim River, KM354.0 – KM356.0 (Arah Selatan)
7. R&R Rawang – Sungai Buaya, KM439.5 – KM435.5 (Arah Utara)
8. Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang, KM437.1 – KM443.3 (Arah Selatan)
9. Nilai – R&R Seremban, KM280.0 – KM276.0 (Arah Selatan)
10. Putra Mahkota – Southville, KM289.4 – KM292.6 (Arah Utara)
11. Restoran Jejantas USJ – Seafield (Lebuhraya ELITE), KM8.1 – KM6.1 (Arah Utara)
12. Bandar Saujana Putra – Putra Heights (Lebuhraya ELITE), KM16.2 – KM13.2 (Arah Utara)
13. Port Dickson – Seremban, KM260.0 – KM263.1 (Arah Utara)
14. Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kampung Bemban KM194.5 – KM184.0 (Arah Selatan)
15. Kulai – Senai, KM27.0 – KM19.0 (Arah Selatan)
16. Senai – Kulai, KM19.0 – KM27.0 (Arah Utara)
17. Desa Palma – Pasir Gudang, KM4.5 – KM1.9 (Arah Selatan)
18. Pandan – Kempas, KM0.4 – KM6.0 (Arah Utara)

*Smart Lane akan beroperasi berpandukan jadual yang ditetapkan dan keadaan trafik semasa.

Show More

Related Articles

Back to top button