
Kerajaan tidak sekat penglibatan mahasiswa dalam parti politik
KUALA NERUS – Kerajaan tidak menyekat golongan mahasiswa daripada terlibat dalam parti politik termasuk pada berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, mahasiswa cuma tidak dibenarkan membawa politik kepartian ke dalam kampus.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak menyekat kepada mahasiswa untuk memilih atau menyokong mana-mana parti politik yang mereka suka.
“Tidak, kita bukan policeman (anggota polis). Mereka (mahasiswa) bebas dan tidak ada sekatan.”Tapi, jangan bawa politik kepartian dalam kampus dan di luar jika mereka mahu bertanding, dia boleh bertandinglah.
“Tapi, tempoh hari tiada seorang mahasiswa menjadi calon,” katanya selepas Majlis Pertukaran Dokumen Persefahaman antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan di UMT, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, pihaknya juga beberapa kali meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
“Jadi, tidak timbul masalah kerana mahasiswa diberi kebebasan dan kita tidak ada sekatan kepada mereka termasuk menyokong mana-mana parti sekalipun,” katanya lagi.
Ditanya sama ada KPT akan menyediakan pengangkutan kepada mahasiswa untuk pulang mengundi, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata pada hari pengundian 12 Ogos, semua penuntut sudah habis peperiksaan.
“Kebanyakan penuntut sudah bercuti semester sekarang dan rasanya tidak.ada keperluan,” katanya.
Enam negeri akan menghadapi PRN membabitkan Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan yang mana hari pengundian akan diadakan pada 12 Ogos depan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |