Berita Semasa

Kebakaran bangunan taman tema Genting Highlands

GENTING HIGHLANDS – Satu kebakaran bangunan dilaporkan berlaku melibatkan taman tema Genting Skyworlds, di sini, pada pukul 4.55 petang, sebentar tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting, Muhamad Azim Zakaria berkata, kebakaran tersebut bermula di tingkat dua bangunan dan telah merebak ke tingkat empat.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.55 petang dan pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.01 petang, dengan jarak perjalanan sejauh tiga kilometer.

“Operasi pemadaman sedang dijalankan dengan menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki, dua nozle dan dari air pili bomba bertekanan tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pasukan bomba dari BBP Bentong dan Janda Baik turut memberikan bantuan dalam operasi pemadaman api tersebut.

“BBP Bentong menghantar satu pegawai bersama 10 anggota, manakala anggota dari Janda Baik menghantar enam orang anggota.

“Jumlah keseluruhan anggota yang terlibat dalam operasi ini adalah seramai 21 orang,” tambahnya.

Dalam pada itu, tiada maklumat mengenai mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut buat masa ini.

Ujarnya, operasi pemadaman sedang dijalankan dan pihak bomba berusaha sedaya upaya untuk mengawal situasi.

Show More

Related Articles

Back to top button