Politik

PRK Sungai Bakap: Dr Joohari Arifin calon Kerajaan Perpaduan

SIMPANG AMPAT – Dr Joohari Arifin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinamakan sebagai calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Nama Joohari diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, malam tadi.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri juga merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Show More

Related Articles

Back to top button