Jenayah & Mahkamah

‘Ini semua fitnah’ – bapa Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mendakwa dirinya dianiaya dan difitnah

“Saya dianiaya, ini semua fitnah,” dakwanya ketika tiba Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sementara itu, di luar mahkamah, keluarga kepada ibu bapa Zayn berkumpul sambil memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, dekat sini, pada 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemukan terbaring di sungai itu yang jaraknya kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

 

Show More

Related Articles

Back to top button