Berita Semasa

Rakyat Pulau Pinang terima 10,000 liter air percuma selama enam bulan

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan 10,000 liter air percuma selama enam bulan untuk rakyat negeri ini bermula Julai ini.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan Dan Digital Negeri Pulau Pinang, Zaril Khir Johari berkata, tawaran itu dilaksanakan sejajar dengan pelarasan semula tarif air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang telah berkuat kuasa sejak Februari lalu.

 

“Walaupun Pulau Pinang masih lagi menikmati tarif kedua terendah di negara ini dengan tarif baharu, ramai yang mengeluh kerana peningkatan mendadak berbanding dengan tarif dahulu.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini telah memutuskan supaya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) memberi rebat kepada rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaril memaklumkan, rebat air percuma sebanyak 10,000 liter air pertama bagi setiap bil selama enam bulan berkuat kuasa Julai sehingga Disember 2024.

Katanya, kerajaan juga meluaskan skim Rebat Mesra Keluarga RM20 bagi isi rumah besar lapan orang dan ke atas meliputi pendapatan sehingga RM5,000, iaitu peningkatan daripada RM2,250.

“Dengan rebat di atas, semua pengguna air domestik akan menikmati rebat sebanyak RM6.20 pada setiap bil hanya perlu membayar RM6.20 untuk dua bulan, manakala pengguna dalam band kedua yang di bil sebanyak RM30 hanya perlu membayar RM23.80 untuk dua bulan.

“Kerajaan Negeri berharap agar bantuan air percuma serta rebat RM20 kepada isi rumah besar dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah ini akan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban rakyat,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button