Sukan

Shereen sekali lagi pecah rekod kebangsaan walaupun cuaca buruk

KUALA LUMPUR – Walaupun cuaca buruk di Tennessee, Shereen Samson Vallabouy sekali lagi mencatat rekod terbaik kebangsaan 400m miliknya.

Pelari negara 25 tahun itu mencatat masa 51.79s, kurang 0.01 saat dari rekod kebangsaan terdahulu yang di catat pada April tahun lalu, juga di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, usaha mendapatkan pingat peraknya masih tidak mencukupi untuk capaian kelayakan Olimpik sebanyak 50.95.

Shereen berkata saya berlari dengan baik walaupun trek basah. Semuanya atas usaha keras.

“Saya kembali dalam proses menuju kelayakan untuk Olimpik Paris pada bulan Julai ini,” seperti yang di laporkan NST online hari ini.

Usaha luar biasa Shereen telah meningkatkan kedudukannya dalam ranking dari No. 78 kepada No. 66.

Walau bagaimanapun, dengan hanya 48 tempat Olimpik, beliau perlu memperbaiki kedudukannya di Terbuka Malaysia di Kuantan dari 14-16 Jun dan juga terbuka Kazakhstan di Almaty dari 23-24 Jun nanti.

Show More

Related Articles

Back to top button