Berita SemasaPM X

PM Anwar umum baucar buku RM100 untuk pelajar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Perdana Menteri berkata, baucar berkenaan boleh dituntut dengan mekanisme yang akan diumumkan, mulai jam 2 petang esok.

“Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100.

“Tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan.

“Ia turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya. Mulai jam 2 petang esok, pemberian baucar ini akan dimulakan, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selain itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, serta Pengerusi Pengelola PBAKL 2024, Mohd Khair Ngadiron, turut hadir.

Show More

Related Articles

Back to top button