Calon Sungai Bakap diputuskan di peringkat gabungan Pakatan Harapan
PUTRAJAYA – Pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan dibuat melalui mekanisme dalaman Kerajaan Perpaduan.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata, setakat ini Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan masih belum mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara berkenaan.
‘Mengambil sikap dan pendirian kerjasama yang baik antara parti komponen Kerajaan Perpaduan, ketika PRK DUN Kuala Kubu Bharu, yakin proses sama akan dituruti untuk PRK DUN Sungai Bakap.
“Saya melihat ini tidak akan menjadi isu dan akan diuruskan melalui mekanisme dalaman Kerajaan Perpaduan,” katanya disini hari ini.
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong ekoran ADUN-nya, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada 24 Mei lalu selepas lebih tiga minggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Nor Zamri mewakili suara penduduk Sungai Bakap selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose, selepas meraih 15,433 undi.