[VIDEO] Agensi pelancongan masih perlu bertanggung jawab
PUTRAJAYA – Sepasang suami isteri warga emas yang terkandas di Makkah akibat agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka enggan memulangkan passport kini boleh menarik nafas lega apabila konsulat Malaysia di sana memaklumkan bahawa dokumen tersebut sudah boleh dituntut.
Anak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ena berkata, beliau baharu sahaja dihubungi wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah yang memaklumkan bahawa passport ibu bapanya sudah boleh dituntut.
@malaysiatribune Sepasang suami isteri warga emas yang terkandas di Makkah akibat agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka enggan memulangkan passport kini boleh menarik nafas lega apabila konsulat Malaysia di sana memaklumkan bahawa dokumen tersebut sudah boleh dituntut. Anak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ena berkata, beliau baharu sahaja dihubungi wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah yang memaklumkan bahawa passport ibu bapanya sudah boleh dituntut. Untuk rekod, pasangan itu dipelawa untuk mengerjakan haji oleh agensi pelancongan berkenaan sebagai hadiah di atas sumbangan bapa Ena kepada syarikat tersebut. Ena turut menggesa agensi pelancongan itu bertanggungjawab membayar tiket penerbangan pulang ibu bapanya selain kos pengangkutan dari Makkah ke Jeddah. “Saya mahu mereka bertanggungjawab sepenuhnya,” jelas beliau. #malaysiatribune
“Wakil konsulat ada whatsapp, dia maklumkan bahawa dokumen tersebut boleh dituntut bila-bila masa di konsulat pada waktu pejabat antara pukul 8 pagi hingga 3 petang.
“Dia turut memaklumkan, tidak ada sebarang syarat atau dokumen yang perlu ditandatangani (untutk menuntut kembali passport),” kata Ena.
Ena mendakwa, agensi tersebut sebelum ini menekan ibu bapanya dengan meletakkan pelbagai syarat, antaranya menandatangani surat perakuan tidak mendedahkan perkara itu kepada awam termasuk berdepan saman sekiranya mendakwa ia dilakukan atas kelalaian pihak mereka, sebagai syarat mendapatkan kembali passport mereka.
Sebelum ini, pasangan suami isteri berusia lingkungan 60-an tersebut terkandas di Makkah selama 27 hari setelah gagal mendapatkan visa haji.
Untuk rekod, pasangan itu dipelawa untuk mengerjakan haji oleh agensi pelancongan berkenaan sebagai hadiah di atas sumbangan bapa Ena kepada syarikat tersebut.
Ena yang juga seorang peguam turut menggesa agensi pelancongan itu bertanggungjawab membayar tiket penerbangan pulang ibu bapanya selain kos pengangkutan dari Makkah ke Jeddah.
“Saya mahu mereka bertanggungjawab sepenuhnya,” jelas beliau.
Ena, 31, sebelum ini mendedahkan beliau telah membuat laporan polis terhadap agensi pelancongan itu kerana gagal menyediakan visa haji untuk ibu bapanya yang berada di Tanah Suci sejak 2 Mei lalu.