Sukan

Darren Lok cedera, Shamie Iszuan dipanggil sertai latihan pusat Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Pemain sayap Kuching City FC, Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini.

Menurut Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, Nur Shamie yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia dipanggil bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyz pada 6 Jun dan Taiwan pada ini.

“Shamie, 29, menggantikan Darren Lok dari Sabah FC yang hadir melapor diri, semalam tetapi terpaksa dilepaskan, hari ini selepas pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan hamstring.

“Semoga Darren cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan kebangsaan sebelum ini tempang selepas kehilangan Faisal Halim dan Arif Aiman yang cedera.

Terbaharu, penyerang Kedah FC, Syafiq Ahmad yang dipanggil menyertai kem pusat terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Tempat pemain itu digantikan dengan pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia.

Show More

Related Articles

Back to top button