Sukan

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mara ke separuh akhir bertemu Indonesia malam ini

KUALA LUMPUR – Malaysia mara ke perlawanan separuh akhir kategori regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw selepas mudah menewaskan India dengan keputusan 2-0.

Pasukan negara yang menurunkan beregu emas dengan diketuai oleh Syahir Rosdi selaku tekong, Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) mudah menewaskan regu utama India dengan keputusan straight set 15-3, 15-11.

Kemenangan negara disahkan oleh regu kedua negara yang ditunjangi oleh ketua pasukan, Aidil (apit kiri), Syahril Aiman (apit kanan) dan Zharif Merican (tekong) yang tidak menghadapi masalah untuk menundukkan regu kedua India dengan keputusan 15-5, 15-12.

Dengan ini Malaysia bakal bertemu Indonesia pada aksi separuh akhir pada jam 8 malam ini.

Malaysia yang masih segar dengan kemenangan berganda dalam acara regu dan double baru-baru ini sedang berusaha untuk memburu kemenangan hatrik Piala Dunia dalam acara berpasukan.

Jika menang ke atas Indonesia malam ini, Malaysia dijangka sekali lagi bertemu Thailand pada aksi akhir.

Show More

Related Articles

Back to top button