Sukan

Impian emas pertama cerah di Olimpik Paris

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyeru peminat sukan tanah air agar tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada temasya di Paris tahun ini.

Mohamad Norza berkata, beliau yakin terhadap kemampuan atlet negara yang mempunyai rencah yang diperlukan untuk membawa pulang pingat tersebut.

“Saya puas hati dengan persediaan atlet, saya rasa momentum itu nampak, cuma jangan kita ada keraguan terhadap keupayaan atlet kita.

“Walaupun kontinjen kita lebih kecil, kita ada badminton, berbasikal trek dan sukan-sukan lain yang boleh menamatkan penantian kita untuk pingat emas.

“Apabila atlet sendiri mengumumkannya, kita boleh lihat semangat persaingan, yang sangat sihat. Kami sebagai pentadbir akan memberi sokongan penuh kepada mereka,” kata Mohd Norza dalam satu sidang media semalam.

Malaysia masih menunggu pingat emas Olimpik sejak membuat penampilan pertama pada Melbourne 1956 dan pencapaian terbaik ialah ketika Rio 2016 dengan empat perak dan sebutir gangsa.

Setakat ini, 18 atlet daripada tujuh sukan telah melayakkan ke Olimpik Paris.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi gangsa di Rio 2016 dan perak pada edisi Tokyo 2020, serta atlet badminton negara, juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan bekas juara All-England Lee Zii Jia, baru-baru ini mengumumkan sasaran pingat emas bagi temasya sukan terbesar dunia itu.

Show More

Related Articles

Back to top button