Bisnes & Ekonomi

[VIDEO] Bakat baharu lebih berminat ‘makan gaji’

CYBERJAYA – Syarikat bumiputera terutamanya golongan pengusaha mikro sukar mengembangkan perniagaan kerana bakat baharu dilihat seperti tidak berminat untuk menceburi perniagaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu disebabkan dalam masyarakat kita, bakat baharu yang dilahirkan lebih gemar untuk menyertai syarikat besar sebagai profesional dan ‘makan gaji’.

@malaysiatribune

Perlu ada perubahan strategi dalam membentuk minda bakat muda, bagi memberi mereka kefahaman bahawa mereka boleh memilih mencipta kejayaan menerusi profesion dengan syarikat besar, dan kemudiannya mencipta perniagaan baharu dan membina kejayaan dari situ. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Sehubungan itu, katanya, satu perubahan minda perlu dibuat bagi membuka mata para bakat baharu ini mengenai peluang dalam pilihan karier mereka.

“(Oleh kerana itu) Kita perlu ubah minda dan success model dalam bakat bumiputera daripada awal, (mereka) mampu meneroka dua laluan iaitu sebagai golongan makan gaji dengan syarikat besar atau mencipta perniagaan baharu dan membina kejayaan dari situ,” kata Rafizi lagi.

Rafizi berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Pembentangan Hala Tuju Baharu Agensi Bermandat Bumiputera: Yayasan Peneraju, TERAJU Dan Ekuinas, di sini hari ini.

Untuk rekod, perniagaan di Malaysia terdiri daripada 2.5 peratus syarikat besar, diikuti 2.5 peratus syarikat sederhana, 15 peratus syarikat kecil, dan 80 peratus syarikat mikro.

Rafizi kemudiannya menjelaskan, dalam memacu perkembangan syarikat, modal bukan isu besar kerana sistem sokongan yang disediakan kerajaan banyak membantu.

“(Bagaimanapun) Bakat baharu diperlukan dalam mencipta inovasi, penciptaan produk (dan perkhidmatan baharu) dan membawa peluang baharu,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button