Berita Semasa

SPRM nafi lima ADUN Perlis bakal ditahan

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan pihaknya akan menahan lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika menafikan perkara itu berkata, ia hanya satu khabar angin yang tidak benar.

“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

“Dakwaan penahanan itu tidak benar dan hanya khabar angin,” katanya kepada portal Sinar Harian, hari ini.

Sebelum itu, seorang pemimpin politik kanan sebuah parti di Perlis mendakwa lima ADUN di negeri itu bakal ditahan SPRM dalam masa terdekat.

Dia mendakwa, ia susulan penahanan anak kepada Menteri Besar Perlis yang ditahan suruhanjaya itu hujung April lalu atas dakwaan membuat tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan berjumlah RM600,000.

Show More

Related Articles

Back to top button