Rani Kulup nafi masuk DAP
IPOH – Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah menafikan beliau menyertai parti politik DAP dan menganggap dakwaan itu adalah fitnah besar.
Dakwaan itu muncul apabila tersebar video dalam aplikasi WhatsApp yang memaparkan beliau beramah mesra dengan beberapa pemimpin kanan DAP.
Menurut laporan portal Kosmo, Abdul Rani menjelaskan, video berkenaan dirakam sewaktu beliau mengadakan jelajah ke Kuala Kubu Baharu pada Khamis lalu untuk meninjau pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan.
Jelasnya, sepanjang berada di sana, beliau berjumpa dengan semua wakil parti politik kerajaan dan bukan DAP semata-mata.
“Saya pergi semua tempat termasuk PKR, UMNO, DAP dan Amanah. Tuduhan itu tidak betul. Saya menafikan (masuk DAP). Jangan buat tohmahan,” katanya yang popular dengan tagline “Kipidap, Dongibab”.