Berita Semasa
PM sampaikan sumbangan bantu isteri wartawan TV3
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan peribadi kepada isteri wartawan TV3, Fareez Azman, yang mengalami ‘hyperthyroidism’ hingga menyebabkan ‘thyroid storm’.
Anwar memaklumkan, penyerahan sumbangan bagi meringankan kos perubatan itu diserahkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.
“Situasi yang dialami isteri saudara Fareez amat membimbangkan kerana jantungnya terjejas, menyebabkan doktor menasihatkan supaya segera menjalani pembedahan membuang thyroid untuk merawat penyakit ini.
“Saya mendoakan semoga isteri saudara Fareez dikurniakan kesembuhan seperti sediakala, Insya Allah,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.