Perdana Menteri seru rakyat Malaysia hargai jasa ibu
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan seorang ibu sempena sambutan Hari Ibu yang disambut hari ini.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook rasminya dengan memuat naik gambar Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat semua wanita yang bergelar ibu. Ingatan khusus buat Allahyarham ibu saya dan Azizah tercinta.
“Terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus demi kasih pada anak-anak.
“Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu.
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.