PM arah KPT segera laksana rancangan tambah bilangan graduan bagi jayakan program AI
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya segera menambah bilangan graduan tempatan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) bagi menjayakan program tersebut.
Kata Anwar, tindakan segera itu perlu diambil kerana negara ketika ini kekurangan 30,000 jurutera yang diperlukan pihak industri.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mahu semua pihak memainkan peranan bagi menarik minat pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Kementerian Pendidikan Tinggi harus memikirkan bagaimana kita ada suatu rencana segera melalui TVET, Institut Latihan dan Fakuliti-Fakulti Sains Kejuruteraan untuk menambah dengan mempertahankan mutu,” kata Anwar.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Fakullti Kecerdasan Buatan Universiti Teknologi Malaysia dan Malaysia Artifical Intelligence Nexus 2024, di sini hari ini.
“Minat anak-anak sudah mulai terhakis dan berkurangan. Harus ada gesaan baru supaya anak-anak menaruh minat.
“Perlu kita asaskan matematik dan sains. Kalau tidak ekosistem itu tidak terbina,” katanya lagi.