PM X

Ebby Yus terima sumbangan daripada PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi Ebby Yus yang kini sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik.

Anwar dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, penyakit yang dialami Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, 54, telah menghadkan penglibatan beliau dalam dunia seni.

Justeru itu, bagi meringankan beban beliau, Ahmad Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri di kediamannya semalam.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan kepada beliau untuk kegunaan harian dan perubatan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut
mendoakan Ebby Yus agar beliau terus kuat dan dikurniakan kesihatan secepat mungkin.

Show More

Related Articles

Back to top button