PM X

PM Anwar adakan mesyuarat dengan Google hari ini

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama syarikat teknologi gergasi, Google hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia kini terus menjadi destinasi pilihan pelabur asing susulan kestabilan politik, dasar yang jelas serta kecekapan penjawat awam yang ditunjukkan di negara ini.

“Kerajaan fokus kepada pertumbuhan ekonomi, saya nampak memang ada minat pelabur asing semasa lawatan di Jerman dulu, minggu lalu Microsoft, sebentar lagi saya akan bicara online (dalam talian) dengan Google,” katanya tanpa mendedahkan perincian mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button