Sukan

PSG sah juara Ligue 1 musim ini

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) disahkan sebagai juara Ligue 1, apabila Monaco tewas 3-2 di Lyon.

Kekalahan Monaco telah mengangkat PSG sebagai juara dengan kelebihan 12 mata di puncak liga yang hanya berbaki tiga perlawanan.

PSG kini melebarkan rekod kejuaraan liga Perancis dalam koleksi mereka kepada 12 gelaran.

PSG sepatutnya mengesahkan kejuaraan lebih awal tetapi dikejutkan dengan gol penyamaan minit ke-95 untuk keputusan seri 3-3 dengan Le Havre.

Pengendali PSG, Luis Enrique menegaskan yang pasukanya sudah memenangi liga kerana mempunyai kelebihan 12 mata dan kelebihan perbezaan jaringan ke atas Monaco.

PSG kini boleh memberi tumpuan penuh kepada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Borussia Dortmund di Jerman, Rabu ini.

PSG memenangi 10 daripada 12 gelaran mereka sepanjang 12 musim lalu, rekod yang membuktikan kehadiran pemilik dari Qatar pada tahun 2011 mengubah nasib mereka dan bola sepak Perancis.

PSG juga berharap dapat menyingkirkan Dortmund di peringkat separuh akhir untuk mara ke final Liga Juara-Juara buat pertama kali.

Show More

Related Articles

Back to top button