Jenayah & Mahkamah

SPRM Selangor tahan penguat kuasa minta rasuah bebaskan warga asing

CYBERJAYA – Seorang pegawai penguatkuasa di negeri ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi tujuan siasatan kes meminta wang rasuah untuk melepaskan seorang warga asing.

Sumber berkata, suspek dalam usia 30-an itu ditahan di tempat letak kenderaan sebuah kompleks beli belah di Shah Alam pada pukul 2 petang ini.

“Suspek dipercayai telah menghubungi dan meminta wang rasuah sekitar RM2,500 daripada seorang pengarah syarikat sebagai balasan bagi membebaskan seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekerjanya,” katanya.

Lelaki warga Bangladesh terbabit telah ditahan dalam satu operasi dijalankan agensi penguat kuasa di Shah Alam, minggu lalu.

Sementara tu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan tangkapan terhadap suspek.

Tambah Alias, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, esok bagi permohonan reman.

Show More

Related Articles

Back to top button