Berita Semasa

Anwar enggan terima gaji, mahu pulang elaun Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulangkan semula elaun yang diterima sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad dan menyatakan pendiriannya untuk tidak menerima gaji atas perjawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Menteri Kewangan itu berkata, beliau tidak bercadang untuk menerima sebarang elaun atau gaji selagi keadaan ekonomi negara tidak pulih sebaiknya.

“Tadi saya pengerusikan mesyuarat Khazanah, rupanya sebagai pengerusi (Khazanah) perdana menteri, semua ada elaun dan saya tidak tahu.

“Lepas beberapa bulan masuk akaun dalam bank iaitu elaun mesyuarat, saya beritahu saya tidak ambil. Saya terpaksa pulangkan balik elaun Khazanah dan saya beritahu mesyuarat tadi jangan bayar elaun saya,” katanya.

Anwar berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Anwar semasa dilantik sebagai Perdana Menteri mengisytiharkan tidak mahu menerima bayaran gaji sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button