Berita SemasaHiburan

Farid Kamil mohon maaf, tarik balik tuduhan wujud orang ketiga ganggu rumah tangga

KUALA LUMPUR – Pelakon Farid Kamil memohon maaf dan menarik semula dakwaannya kenyataan yang mengaitkan orang ketiga dalam krisis rumah tangganya bersama, Diana Danielle.

Pada masa sama, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari juga memohon maaf daripada ibu mentuanya, Norsiah Ramli atas keterlanjuran kata-katanya semalam tentang wanita itu pernah dihalau anak sendiri pada 2019.

“Saya menarik balik kenyataan mengenai soalan wartawan berkaitan pihak ketiga.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli di atas kenyataan saya semalam.

“Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” coretnya menerusi satu muat naik dalam Instastory.

Semalam Farid, 42, membuat kejutan terbaharu dengan menawarkan hadiah berjumlah hampir RM400,000 sebagai jalan perdamaian.

Ketika ditemui media, Farid juga meninggalkan pesanan buat pelakon filem Imaginur itu agar bertaubat sebelum terlambat.

Show More

Related Articles

Back to top button