Hiburan

Sheriff kutip RM11.4 juta selepas tiga hari tayangan

KUALA LUMPUR – Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti terus mencatat kutipan memberangsangkan dan mencecah RM11.4 juta selepas tiga hari ditayangkan dengan satu hari tayangan awal.

Berita gembira tersebut dimaklumkan Astro Shaw menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya semalam.

“Alhamdulillah. Dalam masa empat hari tayangan sahaja dah capai RM11.4 juta! Skuad Sheriff nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda yang padu ni!

“Untuk anda yang masih tak tengok lagi tu, jom habiskan hujung minggu ini tengok filem Sheriff. Kita kasi pecah itu panggung!” katanya dalam kenyataan itu.

Sheriff merupakan filem terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, yang telah memulakan tayangan secara rasminya pada 18 April lalu.

Filem tersebut dibintangi artis terkenal tanah air seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Filem arahan Syafiq Yusoff itu menceritakan mengenai usaha pihak berkuasa menumpaskan kegiatan sindiket dadah yang semakin berleluasa.

Show More

Related Articles

Back to top button