Berita SemasaSukan

Atlet lempar cakera umur 21 tahun pecah rekod dunia

OKLAHOMA – Mykolas Alekna seorang atlet yang berusia 21 tahun memecahkan rekod dunia baharu dalam acara lempar cakera dengan jarak lontaran 74.35 meter (m).

Atlet muda yang berasal dari Lithuania itu mencatatkan lontaran jauh pada percubaan kelima semasa kejohanan di Ramona, Oklahoma.

Rekod yang dipegang oleh atlet Jerman, Juergen Schult pada tahun 1986 dengan catatan 74.08 m telah dipecahkan selepas 38 tahun.

Sebelum mencatatkan rekod ini, Alekna membuat beberapa percubaan dengan jarak 72.21m, 70.32m, 72.89m dan 70.51m pada percubaan pertama, kedua, ketiga dan keempat dan terakhirnya adalah lontaran dengan jarak 70.50m.

Terdahulu, Alekna telah memenangi pingat perak dan gangsa dalam acara lempar cakera di Kejohanan Olahraga Dunia 2022 dan 2023.

Beliau juga meraih pingat emas di Kejohanan Dunia B-20 di Kenya pada tahun 2021 dengan jarak lontaran 69.81m menggunakan cakera seberat 1.75kg.

Show More

Related Articles

Back to top button