Politik

Tuntutan peruntukan pembangkang, Kerajaan Perpaduan bincang pada 17 April

KUCHING – Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat pada pada 17 April ini akan membincangkan mengenai tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

“Dalam perjumpaan itu, pihak pembangkang mengatakan mereka mahu peruntukan dan apa saja syarat (untuk beri peruntukan) terserah kepada kerajaan (untuk ditetapkan).

“Saya maklum pada mereka perkara ini akan dibawa ke peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk kita kemukakan apa yang dihasratkan oleh mereka,” kata Fadillah kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau, di sini hari ini.

Selain Hamzah, pertemuan bersama Fadillah itu turut disertai Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pada 24 Mac lepas, Fadillah dilaporkan berkata tidak wujud draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan Kerajaan MADANI seperti didakwa oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN) susulan pertemuan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button