
Status keahlian UMNO KJ diketahui petang ini – Tok Mat
KUALA LUMPUR – Status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti akan diketahui petang ini.
Perkara tersebut disahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan selepas selesai melakukan tinjauan di tapak projek Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Sungai Besi, hari ini.
“Petang ini,” katanya ringkas.
Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Khairy yang memuji tindakan ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO untuk mengekalkan dua jawatan tertinggi parti itu daripada ditandingi dalam pemilihan parti.
Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, walaubagaimanapun, membidas kenyataan Puad dengan mengatakan UMNO adalah parti milik semua, bukan pemimpin atasan sahaja.
Khairy juga mengkritik gesaan untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan oleh rakan-rakan dalam partinya dan menyifatkannya sebagai “kegilaan” dan cubaan untuk menyekat demokrasi.
Malah dalam kempennya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu, turut mendakwa, UMNO telah hilang arah dan perlu kembali ke akar umbinya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune