Berita Semasa

Dua juta kenderaan dijangka masuki ibu kota bermula petang ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua juta kenderaan dijangka memasuki ibu kota bermula petang ini sempena berakhirnya cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut Rabu lalu.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataannya berkata, jumlah kenderaan dijangka memuncak esok bersamaan bermula April.

Justeru pihaknya menyarankan pengguna merancang perjalanan dengan teliti sebelum memulakan perjalanan.

“Pengguna jalan raya boleh merujuk kepada Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory (TTA) bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 bagi membantu pengguna merancang perjalanan.

“Pengguna jalan raya juga disaran melihat kesesakan jalan raya menerusi paparan televisyen litar tertutup (CCTV) lebuh raya yang secara ‘real time’ di https://www.llm.gov.my,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 1.9 juta kenderaan direkod menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) manakala sebanyak 324,098 kenderaan melalui lebuh raya kendalian Anih Berhad ( Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) pada Isnin lalu.

“Pada Selasa pula, sebanyak 1.7 juta kenderaan menggunakan Plus manakala 302,945 pengguna menggunakan LPT1.

“Sementara itu, sebanyak 1.7 juta kenderaan menggunakan Plus manakala 305,742 pengguna di LPT1.

Show More

Related Articles

Back to top button